Tuesday, November 6, 2012

GAMBAR KELUARGA TERCINTA





























BAJU BUDAK

BAJU BUDAK
Biasanya saya suka ukur baju budak yang siap..., lepas tu kita rekalah apa fesyen nak buat.Contoh - Gaun

Letakkan baju tu. Kemudian, ukur :
dari ukuran tu, baru buat pelan di atas kertas.
gambar 1 (badan hadapan)
bahu/2
gambar 2 (badan belakang)

pelan, sama seperti bahagian hadapan, cuma labuh leher dalam 2 cm sahaja
gambar 3(skirt)
gambar 4(tangan)


LEKOK TANGAN - Kira dengan tali ukur. lekok tangan (B) lebih 1-2 cm dari lekok tangan (A)
POTONG
Kemudian, letakkan pelan ke atas kain yang dilipat 2. sematkan dengan jarum peniti, potong kain dan lebihkan dalan 1/2 inci untuk jahitan.
*********************
Terpulang samada nak buat zip belakang, atau butang hadapan atau cuma sedikit lubang di belakang leher.
Jika mahu buat zip di belakang, gunakan tepi kain, dan lebihkan 11/2  inci untuk zip.
*********************
Jika butang hadapan , begitu juga. Lebihkan dalam 5 cm.
Leher. Jahit bulat. gunakan piping.
SKIRTKedutkan bahagian atas. jahit kasar 2 kali (jarak dalam 1 cm. kemudian, tarik benang sehingga kedut sama dengan lebar pinggang. cantumkan.
CARA JAHIT1. Jahit tepi semua kain yang telah dipotong
2. Cantumkan Bahu,
3. Jahit kedut bahagian atas skirt (atau jelujur)
4. Cantumkan Skirt dengan badan, bahagian hadapan dan belakang.
5. Jika hendak gunakan zip, ukur panjang zip, kemudian jahit,
6. Kemudian Baru cantumkan badan
TANGAN1. Cantumkan tangan dahulu.
2. Terbalikkan (bahagian betul)
3. Masukkan tangan tersebut ke dalam ketiak badan, dari bahagian dalam.
4. Cantumkan dengan peniti sehingga sama
5. Jahitkan.

Semasa jahitkan TANGAN, bahagian bawah jangan jahit terus, tetapi bengkokkan sedikit supaya tidak berkedut semasa buat lipatan bawah tangan

Cara cantumkan tangan dan badan
Kemudian , lipatkan bahagian tangan, dan bawah skirt.
Siapkan pula Leher.
SIAP DAH

ROYAL SCALLOP

ROYAL SCALLOP
BAHAGIAN SCALLOP

Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.

gambar A1

Gambar A2
Cara Memotong
- Pelan ini diletakkan di atas kain yang dilipat menyerong. (Apabila kain dilipat menyerong, Ombaknya lebih cantik!),
- Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perlu lebih). 
Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit  kain di tanda-tanda merah tu..., camne nak cakap ye...?Tunjuk gambarkan senang!
Contoh Ukuran : (" = inci)Lebar Tingkap = 75 inci
Tinggi Tingkap = 48 inci
Bidang kain = 48 inci
Lebar Scallop = 25" untuk tingkap
Untuk Mencari Jumlah Scallop

LEBAR TINGKAP BAHAGI(/) LEBAR SCALLOP = JUMLAH SCALLOP
contoh : 75" / 25" = 3 scallop
Untuk Mencari Jumlah meter kain1 scallop memerlukan 1.25 meter kain
Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter

BAHAGIAN TAIL
Tail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir
Cara PotongKain dilipat dua, (36" - ditepi kain)
Untuk Mencari Jumlah Meter Kaintail = 36"
Kiri dan kanan = 2 x 36" = 72" bahagi 39  = 1.85 meter (betul ke ni..., dalam buku tulis cam ni...)
KESELURUHAN JUMLAH KAIN= Jumlah Scallop + Jumlah Tail
= 3.75m + 1.85 m
5.6 Meter (atau 5.5 meter)


Fringles (rambu)Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain.
5.5m + 2 m = 7.5m

CARA Nak Jahit Scallop- Buka kain yang telah dipotong
- Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja
- Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah!

- Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur)
- Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini

- Cantumkan pada belah belakang kain....
- Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat ..., senang nanti
- Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti
- buat semua, kiri dan kanan....
mesti dapat cam ni...
lurus sahaja di bahagian atas
kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu..., lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum penitiBuat scallop yang lain pulak.

CARA Nak Jahit TailLipat atau tindihkan..., sehingga dapat dalam 12 inci.

CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL
1) Ukur lebar setiap scallop dan tail
  12" + 25" + 25" + 25" + 12" = 99"\2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3"
   75" + 3" (lebihan jahitan) = 78"
3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan
    =  99" - 78"
    =  21" bahagi 4 (bahagian tindihan - (kalau 2 scallop, 3 tindihan))
    = 5.25 "
BEN
  
dihujung scallop yang  dah di sambungkan, jahit ben (terbalik)
dah jahit ben, jahitkan pula penyangkut langsir. jahitkan sebelum lubang. lepas tu, naikkan, selitkan lebihan ben dan jelujur/ kemudian tekan dengan mesin.
DAH JADI DAH